Wednesday, July 31, 2019



 ANGGERIK HARIMAU / GIANT ORCHID


Anggerik harimau atau Grammatophyllum speciosum blume berasal dari nama Greek,iaitu gramma bermaksud huruf dan phyllon bermaksud daun. Orkid ini merupakan Orkid yang terbesar di dunia dan pernah direkodkan bahawa tumbuhan ini mencapai 2 tan berat semasa di pamerkan di London pada 1851. Sebelum tahun 1825, berlaku sedikit kekeliruan dari segi penamaan genus tumbuhan ini. 

Linnaeus menamakan tumbuhan ini sebagai Epidendrum sementara Spreng, Swartz dan Wight pula menamakan tumbuhan ini sebagai Vanda, Cymbidium dan Pattonia. Pada tahun 1825, Blume dengan rasminya menamakan tumbuhan ini sebagai Grammatophyllum dan Grammatophyllum speciosum.

Seperti tumbuh tumbuhan lain,tumbuhan ini juga mempunyai nilai ubatan iaitu Batang tumbuhan digunakan untuk merawat dan  mengubati gigitan ular, kalajangking,dan lipan. Di daerah Jambi Sumatera,tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit kuning.


Sumber Rujukan

1. Chee Beng Jin (2015). Herba, Anggerik Harimau ubat penyakit kuning, Dewan Kosmik Bil 6/2015.

2. R.H.M.J. Lemmens and N. Bunyapraphatsara (2013), Plant Resources of South-east Asia, no.12 (3), Medicinal and plant poisonous plant 3, Backhuyus publisher, Leiden 2003.






Tuesday, July 30, 2019


Gunung Kinabalu

Kawasan sekeliling Gunung Kinabalu sangat terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti yang tinggi di Sabah. Selain daripada kepelbagaian biodiversiti yang tinggi, kawasan sekeliling Gunung Kinabalu juga mempunyai banyak sudut pemandangan yang menarik dan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar Negara.







Sunday, July 21, 2019

Semut dan Kelulut hidup dalam tempat yang sama

Fenomena seperti ini adalah suatu keadaan yang jarang berlaku, biasanya Kelulut dan Semut hidup ditempat yang berasingan. Madu Kelulut mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan manusia, jadi bagaimana pula khasiat Madu Kelulut yang terhasil didalam sarang yang dibuat oleh Semut, mungkin ini satu persoalan yang menarik dan juga rumit untuk dirungkaikan.

Ada juga pendapat sebilangan orang yang percaya bahawa, orang yang memilikinya akan mendapat tuah dan murah rezeki, walaubagaimanapun, kita belum mendapat bukti, sejauh mana kebenaran hal ini, namun apa yang penting ialah, benda yang jarang kita lihat harus dijaga dengan baik kerana benda itu unik dan mungkin ada manfaat yang kita tidak ketahui.





Saturday, July 20, 2019


Tubat dot Magarip (Senudung/Kembung perut)

Koubasanan nopo dot ontok diti komoyon dot “Magarip”nga it tanganak dit ongokoro poh, tian nopo dot tanganak dit ontok dot magarip nga okodou mantad koh it koubasanan. 

Koubasanan nopo dot pomolingos diti nga, it komoyon dot “Malagatas”. Iti nopo komoyon dot malagatas diti,nga it gouten dit rumilit, guas nopo dauh nung tibason nga haro ot pulut dot opurak. 

Baino nopo dih, nga apagon-pagon dih dot mogihum dit id somok dot kawalayan tuh, kogumuan dot natagad noh. Tubat nopo dau tii, naga it pulut dauh, putulon it guas om maan ndoh timungo it pulut id botol, korikot poh id walai om maan ndoh kawagu siringo it pulut om miloh ndoh dot inumon dot pomolingos dit magarip.










Mantadon nokoilaan dot tubat

1. Dasak, M. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Waang, Ranau, Sabah.


2. Chanti, R. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung, Mogoho, Kemburongoh, Ranau, Sabah.

Kodop

Di Sabah masyarakat suku kaum Dusun mengenali kumpulan kulat ini sebagai “Kodop” manakala nama saintifiknya ialah Schizophyllum commune Fr, dari famili Schizophyllaceae. Kulat jenis ini biasanya tumbuh dibahagian batang kayu yang sudah mati. Kodop adalah kulat yang tidak beracun,walaubagaimanapun, jika kulat jenis ini tumbuh dibatang pokok yang beracun,maka kulat akan beracun.
Dalam perubatan tradisional, kulat jenis kodop digunakan untuk merawat sakit perut akibat termakan kulat beracun.Cara penggunaannya ialah, keseluruhan bahagian kodop direbus dan kemudian perut diwapkan dengan air rebusan.



Sumber rujukan

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.

Thursday, July 18, 2019


Tembiau

Tembiau merupakan tumbuhan yang tumbuh renek seperti bunga pagar dan sangat sesuai dijadikan sebagai tumbuhan hiasan kerana pokok ini tumbuh renek dan mudah dibentuk. 

Tembiau atau nama saintifik Justicia gendarussa Burm.f.dalam famili Acanthaceae bukan sahaja berguna sebagai tumbuhan hiasan di luar rumah,tetapi juga mempunyai nilai ubatan. 

Tumbuhan ini digunakan untuk merawat sakit sendi, bengkak-bengkak, dan patah tulang. Cara penggunaannya ialah, pucuk muda dihancurkan dan kemudian ditampal pada bahagian yang sakit.

Pucuk muda tumbuhan ini juga, berguna sebagai bahan yang dicampurkan dalam air mandian bayi yang baru lahir bagi mencegah masuk angin.



Sumber rujukan

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.

2. Abun, V. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.

3. Dasak, M. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Waang, Ranau, Sabah


Skala pengukuran kepekatan kandungan ubatan tradisional

Dalam penggunaan ubatan tradisional, perkara yang selalu menjadi persoalan dari segi keselamatan kandungan ubatan ialah dari segi kepekatan larutan ubatan tersebut.

Untuk skala yang lebih tepat tentang kepekatan ubatan, pengguna ubatan tradisional perlu merujuk pakar-pakar PhytokimiaPhytokimia merujuk kepada sebatian yang terdapat dalam tumbuhan yang terbukti berkesan dan bermanfaat kepada manusia dari mendapat penyakit.

Dalam kaedah pengukuran kepekatan larutan secara tradisional, kepekatan ubatan juga dapat dibuat melalui warna larutan. Gambar dibawah menunjukkan tiga larutan yang berbeza dari segi kepekatan larutan ubatan.

Maklumat gambar rajah skala ubatan

1. Botol nombor 1, mempunyai kandungan ubatan yang sangat pekat dan tidak sesuai untuk diminum dan jika dilihat dari dekat, angka tulisan pada pembaris tidak dapat dilihat.

2. Botol nombor 2, mempunyai kandungan ubatan yang sederhana pekat dan masih sesuai untuk diminum. Jika dilihat dari dekat, angka tulisan pembaris masih boleh dilihat dengan jelas.

3. Botol nombor 3, mempunyai kandungan ubatan yang kurang pekat dan sangat sesuai untuk diminum. Jika dilihat dari dekat, angka tulisan pembaris, boleh dilihat dengan sangat jelas.




Wednesday, July 17, 2019


Betik

Betik atau Carica papaya L, dalam famili Caricaceae merupakan tumbuhan semulajadi tropika Amerika. Betik mempunyai pelbagai khasiat dan mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan oleh manusia. 

Betik mengandungi vitamin A,B dan C yang diperlukan untuk menjamin fungsi usus yang sempurna setiap hari. Selain daripada itu, Betik juga dikatakan boleh merawat penyakit denggi dengan menggunakan air perahan daun betik.

Bagi wanita yang baru bersalin dan kurang susu badan, buah muda betik dapat memperbanyak susu dengan cara merebus buah muda betik dan air rebusan diminum, dan sebelum direbus, kulit buah perlu dibuka terlebih dahulu. 

Bagi kegunaan perancang keluarga, akar betik direbus bersama dengan bawang merah dan jintan hitam kemudian air rebusan diminum dan manakala untuk mengecutkan rahim, akar betik direbus dan kemudian air rebusan diminum.



Sumber rujukan kegunaan ubatan

1. Mohd Nasir Mat Nor (2015). Sains kesihatan,Betik ubat Denggi, Bil.3/2015 Dewan Kosmik.

2. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.

3. Abun, V. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.


Jambu Batu

Pokok Jambu merupakan tumbuhan tropika yang sangat dikenali dikalangan masayarakat kerana selain buah Jambu boleh dimakan,daun muda mempunyai nilai perubatan. Antara penyakit yang dapat dirawat menggunakan daun muda Jambu Batu ialah sakit perut,dan penyakit yang berkaitan dengan penghadaman. 

Nama saintifik pokok jambu ialah Psidium guajava L , dalam famili Myrtaceae. Daun Jambu dipercayai mempunyai bahan aktif seperti tannin, flavonoid,minyak dan protein dalam tumbuhan yang berupaya untuk menjernihkan air daripada kelodak. Cara penyedian ialah daun muda Jambu batu perlu dicuci terlebih dahulu dengan air suling, kemudian dikeringkan di Oven dengan suhu 50°C. Apabila daun kering,daun tersebut dikisar dan ditapis menggunakan penapis bersaiz 0.4mm. Untuk menjernihkan air dirumah,serbuk jambu batu terus dicampurkan ke air yang berkelodak, kemudian air dikacau sehingga sebati dan sisa pejal dibiarkan mendap.


Sumber Rujukan kegunaan ubatan

1. Aweng Eh Rak.(2016), Sains tumbuhan,pucuk jambu batu merawat air mentah, Julai 2016 Dewan Kosmik.

2. Abun, V. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah



Limau Nipis
Limau nipis atau Citrus aurantiifolia (Christm.) Swingle dalam famili Rutaceae merupakan pokok malar hijau yang tumbuh renek dengan ketinggian antara tiga hingga lima meter. Hampir keseluruhan bahagian pokok ini mempunyai duri yang tajam pada dahan,ranting dan pangkal daun. 

Limau nipis dipercayai berasal dari benua kecil india dan Myanmar hingga rantau Melesia serta Asia tenggara.Dalam perubatan tradisional,Jus perahan limau nipis yang masam didapati dapat melegakan batuk. Air rebusan daripada limau nipis juga berkesan untuk merawat jangkitan usus, manakala bagi kegunaan luaran,jus limau digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti Kurap. 

Buah limau nipis yang belum masak digunakan sebagai tonik dan penggalak nafsu makan. Bagi wanita, air rebusan daripada bahagian akar tumbuhan yang diminum pada setiap hari ketika datang haid dipercayai dapat mencegah kehamilan. 

Bagi pengamal perubatan di sabah,terutamanya suku kaum Dusun,buah limau nipis digunakan untuk merawat sakit tekak. Cara penggunaan adalah,buah muda dipotong dua dan permukaan limau yang dipotong disapu dengan kapur sirih dan kemudian disapu pada bahagian tekak (untuk kegunaan luaran).


Sumber Rujukan kegunaan tumbuhan ubatan

1. Chee Beng Jin (2016). Limau nipis, Antifertiliti, September 2016 Dewan Kosmik.

2. Dadingkis, M. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.



Bambangan

Bambangan atau nama saintifiknya Mangifera pajang Kosterm, daripada famili Anacardiaceae merupakan kumpulan manga yang berasal dari Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan. Buah Bambangan mempunyai kulit yang tebal dan berwarna coklat pucat, manakala isi buah berwarna kuning.


Hasil daripada penyelidikan saintis di Malaysia, mendapati bahawa ekstrak dari biji buah bambangan boleh memusnahkan sel kanser payudara. Selain daripada itu, air rebusan daripada kulit pokok Bambangan digunakan untuk merawat sakit perut dan cirit-birit.




Sumber rujukan kegunaan ubatan

1. Mohamed Farid Noh,(2016). Bambangan mampu bunuh sel kanser payudara
https://www.bharian.com.my/node/158882.

2. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.



Ubi Kayu

Ubi kayu atau nama botani, Manihot esculenta Crantz
 merupakan tumbuhan tropika dan sub-tropika dari famili Euphorbiaceae. Tumbuhan ini terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya juga boleh dijadikan sebagai sayuran. 

Ubi Kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan, tetapi kini taburannya hampir disemua kawasan tropika seluruhdunia. Dalam bahasa Dusun di Sabah,tumbuhan ini dikenali sebagai mundok dan runti.

Dalam perubatan tradisional, ubi daripada pokok ubi kayu digunakan untuk membasmi cacing. Cara penyediaannya ialah dengan, merebus ubi yang sudan dipotong dalam saiz yang kecil, kemudian air rebusan ubi kayu diminum.




Sumber rujukan

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.


Sunday, July 14, 2019


Pokok Senduduk

Pokok Senduduk dikenali dengan nama “gosing ”oleh masyarakat suku kaum Dusun manakala nama saintifik ialah Melastoma malabathricum L, dalam famili Melastomataceae. Pokok senduduk merupakan tumbuhan berkayu yang tumbuh sebagai pokok renek dan mudah ditemui dikawasan kebun,ladang, tepi jalan raya, tepi sungai dan kawasan hutan muda. 

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat suku kaum Dusun sebagai ubatan tradisional. Berikut merupakan kegunaan tumbuhan.

1.  Stomachica (Membaiki pencernaan)
- Akar tumbuhan dicuci hingga bersih termasuk warna putih yang terdapat pada kulit akar pokok kemudian akar tumbuhan direbus dan air rebusan di minum. Terdapat juga pengamal ubatan tradisional ditempat lain yang menggunakan akar tumbuhan ini untuk merawat sembelit dan penyakit buasir dengan meminum air rebusan akar tumbuhan ini.

2.  Antitusif (Menyembuhkan batuk)
- Akar tumbuhan dicuci hingga bersih termasuk warna putih yang terdapat pada kulit akar pokok, kemudian akar pokok direbus dan air rebusan diminum.

3. Sakit perut
- Bunga tumbuhan direndam dengan air panas kemudian air diminum.

4. Merawat luka
- Daun dihancurkan,kemudian ditampal pada bahagian luka (untuk kegunaan luaran sahaja).

5. Demam campak
Akar tumbuhan direbus dan kemudian air rebusan diminum.







Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan:

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.


 2. Abun, J. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.


Tomboilik / Tembireg

Pokok pulai dikenali dengan nama tomboilik dan tembireg oleh suku kaum Dusun. Tumbuhan ini mengeluarkan getah putih apabila ditakik dengan parang. Pulai atau nama saintifiknya Alstonia angustiloba Miq, dalam famili Apocynaceae, merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian melebihi 20 meter tinggi.

Dalam perubatan tradisional,tumbuhan ini dikategorikan sebagai Antibiotik (Pencegah jangkitan kuman pada luka) dan Anti-septik (Anti-kuman).

Bahagian yang digunakan ialah cecair putih (getah) yang diperolehi dari batang pokok tersebut. Cecair putih (getah) digunakan untuk disapu pada bahagian yang luka pada binatang, supaya tidak dijangkiti kuman dan membolehkan penyembuhan luka dengan cepat.



Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan

1. Abun, J. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan, Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.


Tonggilupang

Tumbuhan ini dikenali dengan nama “tonggilupang” di daerah Ranau (Dialek Dusun) manakala nama saintifik tumbuhan ini ialah Urena lobata Ldalam famili Malvaceae. Famili Malvaceae merupakan kumpulan tumbuhan yang tidak asing lagi di negara Malaysia kerana salah satu tumbuhan yang menjadi ikon kepada negara Malaysia ialah bunga raya yang juga dalam famili Malvaceae.

Tonggilupang merupakan tumbuhan ini senang didapati dan tidak berapa dihiraukan. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan hutan muda, kawasan ladang dan tepi jalan. 

Tumbuhan ini sangat bermanfaat untuk menghilangkan penat dan melegakan sakit sakit sendi dan sakit badan akibat pekerjaan yang berat yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

Tumbuhan ini, di kategorikan sebagai Analgetik (menghilangkan rasa sakit) dan Tonik (membangkitkan tenaga). Bahagian yang diambil adalah bahagian akar tumbuhan. Akar tumbuhan direbus, kemudian air rebusan diminum.



Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan

1. Dasak, J. (2019). Soal selidik pengamal perubatan tradisional, Kampung Waang,Ranau,Sabah.



Saturday, July 13, 2019


Pandan Wangi

Pokok pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius Roxbdalam famili Pandanaceae, merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan daun yang panjang dan halus. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai pandan wangi kerana daunnya mempunyai wangi yang aromatik.

Daun Pandan mempunyai banyak kegunaannya seperti dijadikan sebagai bahan perasa, pembungkus, pewarna dan pewangi. Pokok Pandan dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia dan kini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara.

Selain daripada tumbuhan herba misai kucing daun pandan juga merupakan tumbuhan yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis.

Bahagian yang di ambil dan cara penggunaan ialah daun muda dengan mencucinya terlebih dahulu sehingga bersih kemudian direbus dan air rebusan di minum.




Sumber rujukan tentang kegunaan

1. Abun, J. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan, Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.