Saturday, July 13, 2019


Saraman
Dalam bahasa suku kaum Dusun Ranau, tumbuhan ini dipanggil sebagai Saraman, manakala nama saintifik ialah Elephantopus mollis Kunth,dalam famili Asteraceae.
Tumbuhan ini, didapati jarang ditemui di kawasan hutan tebal yang mempunyai pokok-pokok yang tinggi. Di kawasan yang lapang,tumbuhan ini mudah tersebar ke tempat lain kerana bunga tumbuhan ini ringan dan mudah dibawa oleh angin.

Terdapat beberapa kegunaan tumbuhan ini terutamanya bahagian akar dan daun tumbuhan ini. Air rebusan daripada bahagian akar dan daun berguna sebagai tonik dan menghapus cacing gelang, boleh merangsang pengeluaran peluh, mengeluarkan batu karang dan untuk meningkat stamina badan manakala daun tumbuhan ini boleh menghentikan pendarahan akibat luka luaran.

Di Thailand tumbuhan ini di gunakan untuk mencegah kehamilan, melancarkan air kencing manakala bagi masyarakat Cina di Malaysia, tumbuhan ini digunakan untuk merawat sakit tulang belakang dan menguatkan saraf serta urat selepas mengalami kecederaan. Daun tumbuhan juga digunakan merawat luka dibahagian luaran. Daun dihancurkan kemudian, ditampal pada bahagian yang luka.



Sumber Rujukan kegunaan tumbuhan

1. Shaari, K. et al. (1991). Medicinal product from tropical rainforest, forest reaserch institute Malaysia (FRIM) & Institut Kimia Malaysia.

2. (n.d). 2012. Pokok tutup bumi/tapak sulaiman, http://herba dan tumbuhan.blogspot.com/2012/09/pokok-tutup-bumi-sulaiman.html.

No comments: