Saturday, July 13, 2019

Garing/Gipun

Tumbuhan ini dikenali sebagai Gipun (dialek Dusun Ranau), Garing (Dialek Dusun, Inanam, Kota Kinabalu) manakala nama saintifik Crassocephalum crepidioides (Benth.) S.Moore, dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan hutan muda seperti kawasan ladang, kebun dan kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari.

Tumbuhan ini, jarang ditemui di kawasan hutan tebal yang mempunyai kanopi yang tinggi. Tumbuhan ini mudah tersebar ke tempat lain kerana bunga tumbuhan ini ringan dan mudah diterbangkan oleh angin. Selain berguna sebagai ulam atau sayur, tumbuhan ini juga mempunyai nilai ubatan.

Tumbuhan ini digunakan untuk merawat demam dan radang amandel manakala dalam. Dalam journal perubatan China, Saintis dari negara China telah menyatakan bahawa tumbuhan ini mengandungi alkaloida pirolizidina yang boleh menyembuhkan tumor. Di Africa, daun daripada tumbuhan ini digunakan untuk pening kepala,senak dan kembung perut.










Sumber rujukan kegunaan ubatan


1. R.H.M.J. Lemmens and N. Bunyapraphatsara (2013), Plant Resources of South-east Asia

no.12 (3), Medicinal and plant poisonous plant 3, Backhuyus publisher, Leiden 2003.



2. Peter P.Fu. et al. (2012). Pyrrolizidine Alkaloids - Tumorigenic Components in Chinese Herbal Medicines and Dietary Supplements Journal of Food and Drug Analysis, Vol. 10, No. 4, 2002, Pages 198-211



No comments: