Saturday, July 13, 2019


Pokok Ginseng

Perkataan Ginseng berasal dari bahasa Cina iaitu rénshēn yang bermaksud ‘akar tumbuhan berbentuk manusia.

Di Sabah, pokok ginseng atau nama saintifiknya Rennelia borneense daripada famili Rubiaceae, senentiasa mendapat perhatian daripada semua pengamal perubatan tradisional.

Pokok ginseng atau Rennelia borneense, tumbuh secara liar di kawasan hutan tanah rendah seperti kawasan hutan daerah Tawau, kawasan hutan daerah Inanam, Kota Kinabalu yang bersambung dengan hutan kawasan daerah Penampang. Akarnya berwarna kuning seperti warna lobak merah dan tumbuh sebagai pokok renek. Khasiat daripada akar pokok ginseng ini adalah untuk untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan tubuh badan, sebagai tonik serta melegakan sakit-sakit pada sendi.





Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan:
1. Abun, J. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan, Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.


No comments: