Saturday, July 13, 2019

Pokok Pecut kuda

Pokok Pecut kuda merupakan kumpulan tumbuhan berbunga (Angiosperma) yang tumbuh renek dikawasan halaman rumah, tepi jalan raya, kawasan kebun dan ladang. 

Pokok ini di kenali sebagai pokok pecut kuda kerana tumbuhan ini mempunyai bentuk bunga yang menyerupai pecut yang digunakan dalam kereta kuda. Nama Latinnya tumbuhan ini ialah Stachytarpheta jamaicensis (L.) Vahl, dalam famili Verbenaceae.

Tumbuhan ini dikategorikan sebagai Antidot (Menghilangkan bisa dan racun). Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional ialah bahagian akar tumbuhan. Akar direbus dan air rebusan daripada akar tumbuhan ini di minum bagi menawar bisa atau racun yang disebabkan oleh gigitan ular berbisa.




Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan

1. Abun, R. (2019).  Soal selidik tumbuhan ubatan, Kampung Kolosunan, Inanam, Sabah.


No comments: