Sunday, July 14, 2019

Tonggilupang

Tumbuhan ini dikenali dengan nama “tonggilupang” di daerah Ranau (Dialek Dusun) manakala nama saintifik tumbuhan ini ialah Urena lobata Ldalam famili Malvaceae. Famili Malvaceae merupakan kumpulan tumbuhan yang tidak asing lagi di negara Malaysia kerana salah satu tumbuhan yang menjadi ikon kepada negara Malaysia ialah bunga raya yang juga dalam famili Malvaceae.

Tonggilupang merupakan tumbuhan ini senang didapati dan tidak berapa dihiraukan. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan hutan muda, kawasan ladang dan tepi jalan. 

Tumbuhan ini sangat bermanfaat untuk menghilangkan penat dan melegakan sakit sakit sendi dan sakit badan akibat pekerjaan yang berat yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

Tumbuhan ini, di kategorikan sebagai Analgetik (menghilangkan rasa sakit) dan Tonik (membangkitkan tenaga). Bahagian yang diambil adalah bahagian akar tumbuhan. Akar tumbuhan direbus, kemudian air rebusan diminum.



Sumber rujukan tentang kegunaan tumbuhan

1. Dasak, J. (2019). Soal selidik pengamal perubatan tradisional, Kampung Waang,Ranau,Sabah.



No comments: