Saturday, July 13, 2019

Letup-letup

Letup-letup merupakan salah satu daripada markisa liar dan merupakan tumbuhan yang tergolong dalam tumbuhan berbunga (Angiosperma). Letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida L,adalah daripada famili Passifloraceae.

letup-letup merupakan tumbuhan yang menjalar. Walaupun spesies Passiflora edulis (Markisa) dan Passiflora foetida (letup-letup) dalam famili yang sama tetapi kedua-dua tumbuhan ini mempunyai perbezaan yang sangat jelas. Perbezaan yang sangat ketara adalah dari segi saiz buah iaitu buah Passiflora edulis (Markisa) lebih besar daripada Passiflora foetida (letup-letup). 

Dalam perubatan tradisional, daun muda letup-letup digunakan untuk merawat jantung tersumbat .Cara penyediaan ialah, daun muda letup-letup perlu dicuci dengan bersih dan selepas itu daun tersebut dikisar untuk mendapatkan jus. Jus daripada daun ini, kemudian diminum tanpa sebarang campuran.





Sumber rujukan kegunaan ubatan

1. Mulyani, E. (2019). Studi in-vitro: Efek anti kolestrol ekstrak daun rambusa, Jurnal Surya Medika Volume 4,No. 2 [2019].


No comments: